Friday, June 12, 2009

Kursus Penubuhan Tadika 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kepada sesiapa yang berminat untuk memulakan perniagaan tadika, di sini ada berita baik untuk anda.

Persatuan Tadika Islam Malaysia (PERTIM) akan mengadakan kursus penubuhan tadika selama 2 hari 1 malam bertempat di De Palma Hotel, Shah Alam pada 20 - 21 Jun 2009.
Pendaftaran bermula pada jam 8.30 pagi hari Sabtu 20 Jun 2009.

Yuran Penyertaan adalah RM380.00 termasuk penginapan, kertas kerja, sijil, makan minum dan lain-lain.

Antara kertas kerja yang akan dibentangkan adalah :

1. Strategi penubuhan tadika, panel dari agensi Jabatan Pelajaran Negeri, Bomba dan Penyelamat serta Majlis Tempatan.
2. KWSP dan Socso
3. Cabaran dan Halangan dalam perniagaan Tadika.
4. Penyata Untung Rugi, Modal dan Perbelanjaan.

Kepada tuan/puan yang berminat untuk menyertai sila hubungi Setiausaha PERTIM, Puan Siti Ruzita Ramli No. H/P: 012-3175872

No comments:

Post a Comment