Wednesday, June 17, 2009

Kursus Peningkatan Kualiti Pengurusan Tadika

Tarikh : 21 Jun 2009 (ahad)
Masa : 9.00 pg - 5.00 ptg
Tempat : Hotel De Palma Inn, Shah Alam
Modul : Tips- tips semasa temuduga pekerja baru, mendapatkan pekerja cemerlang & cara komunikasi berkesan dengan para pekerja, urusan-urusan dengan pihak agensi seperti KWSP, SOSCO dll.
Yuran : RM 80.00

Sekirannya anda berminat untuk menyertai kursus diatas, sila buat bayaran ke akaun Bank Islam 120- 100- 100- 61370 atas nama Persatuan Tadika Islam Malaysia.

Sila fax slip pembayaran beserta nama dan no tel ke 03 - 3324 7271

Sebarang pertanyaan dan penyertaan, sila hubungi :
Siti Ruzita : 012 - 317 5872
Hjh Zaharah : 012 - 278 8879

Kursus Penubuhan & Pengurusan Tadika

Tarikh : 20 & 21 Jun 2009 (Sabtu & Ahad)

Masa : 1. Hari Pertama : 9.00 pg - 9.00 mlm
2. Hari Kedua ; 9.00 pg - 4.30 ptg

Tempat : Hotel De Palma Inn, Shah Alam

Isi Kandungan Kursus :

Cara menyediakan kertas kerja penubuhan tadika & penglibatan agensi terbabit ( Jabatan Pendidikan, Bomba, PBT dll.) Kurikulum / sistem pengajaran, strategi pengurusan dll.
Yuran : RM 380.00 (termasuk makan & minum serta penginapan)

Sebarang pertanyaan sila hubungi
Siti Ruzita : 012 - 317 5872
Hjh Zaharah : 012 - 278 8879

Sambutan Hari Guru


Sambutan Hari Guru 2009 anjuran PERTIM yang diadakan di SIRIM. Lagi gambar aktiviti.

Friday, June 12, 2009

Kursus Penubuhan Tadika 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kepada sesiapa yang berminat untuk memulakan perniagaan tadika, di sini ada berita baik untuk anda.

Persatuan Tadika Islam Malaysia (PERTIM) akan mengadakan kursus penubuhan tadika selama 2 hari 1 malam bertempat di De Palma Hotel, Shah Alam pada 20 - 21 Jun 2009.
Pendaftaran bermula pada jam 8.30 pagi hari Sabtu 20 Jun 2009.

Yuran Penyertaan adalah RM380.00 termasuk penginapan, kertas kerja, sijil, makan minum dan lain-lain.

Antara kertas kerja yang akan dibentangkan adalah :

1. Strategi penubuhan tadika, panel dari agensi Jabatan Pelajaran Negeri, Bomba dan Penyelamat serta Majlis Tempatan.
2. KWSP dan Socso
3. Cabaran dan Halangan dalam perniagaan Tadika.
4. Penyata Untung Rugi, Modal dan Perbelanjaan.

Kepada tuan/puan yang berminat untuk menyertai sila hubungi Setiausaha PERTIM, Puan Siti Ruzita Ramli No. H/P: 012-3175872

Saturday, May 16, 2009

Mesyuarat Agung PERTIM 2009








Mesyuarat Agung PERTIM Kali ke-10 telah diadakan di Dewan Annex, Bangunan Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 25 April 2009. Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Al-Fadhil Ust. Badrulamin b. Bahron.

Photos sponsored by CempedakLuarPagar Photography

PERTIM Corporate Presentation

Persatuan Tadika Islam Malaysia

Matlamat Penubuhan
Persatuan Tadika Islam Malaysia
(PERTIM)



PERTIM telah ditubuhkan dengan rasminya pada 23 Februari 1999.

Antara matlamat penubuhan Persatuan Tadika Islam Malaysia (PERTIM) adalah :-

  • Mengeratkan silaturrahim di kalangan ahli sambil dapat bertukar-tukar fikiran diantara satu sama lain.

  • Meningkatkan prestasi dan mutu pendidikan dikalangan tadika ahli melalui kursus, seminar dan bengkel demi memertabatkan tadika islam.

  • Memberikan perkhidmatan pendaftaran, kursus pendidikan dan lain-lain.

  • Menjadi pemangkin pendidikan Islam di peringkat pra sekolah.

  • Memberikan khidmat nasihat secara percuma kepada ahli-ahli yang bermasalah berkaitan dengan tadika masing-masing.

  • Menjalinkan hubungan yang rapat dengan pihak-pihak yang terlibat dengan proses pendaftaran tadika seperti Kementerian Pelajaran Malaysia, Majlis Tempatan dan Kesihatan serta pihak Bomba.

  • Mendapatkan khidmat pakar di kalangan professional dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak di universiti tempatan.

  • Lawatan kerja ke tadika-tadika contoh samada dalam negara atau luar negara.