Matlamat Penubuhan
Persatuan Tadika Islam Malaysia
(PERTIM)
PERTIM telah ditubuhkan dengan rasminya pada 23 Februari 1999.Antara matlamat penubuhan Persatuan Tadika Islam Malaysia (PERTIM) adalah :-- Mengeratkan silaturrahim di kalangan ahli sambil dapat bertukar-tukar fikiran diantara satu sama lain.
- Meningkatkan prestasi dan mutu pendidikan dikalangan tadika ahli melalui kursus, seminar dan bengkel demi memertabatkan tadika islam.
- Memberikan perkhidmatan pendaftaran, kursus pendidikan dan lain-lain.
- Menjadi pemangkin pendidikan Islam di peringkat pra sekolah.
- Memberikan khidmat nasihat secara percuma kepada ahli-ahli yang bermasalah berkaitan dengan tadika masing-masing.
- Menjalinkan hubungan yang rapat dengan pihak-pihak yang terlibat dengan proses pendaftaran tadika seperti Kementerian Pelajaran Malaysia, Majlis Tempatan dan Kesihatan serta pihak Bomba.
- Mendapatkan khidmat pakar di kalangan professional dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak di universiti tempatan.
- Lawatan kerja ke tadika-tadika contoh samada dalam negara atau luar negara.