Saturday, May 16, 2009

Mesyuarat Agung PERTIM 2009








Mesyuarat Agung PERTIM Kali ke-10 telah diadakan di Dewan Annex, Bangunan Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 25 April 2009. Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Al-Fadhil Ust. Badrulamin b. Bahron.

Photos sponsored by CempedakLuarPagar Photography

PERTIM Corporate Presentation

Persatuan Tadika Islam Malaysia

Matlamat Penubuhan
Persatuan Tadika Islam Malaysia
(PERTIM)



PERTIM telah ditubuhkan dengan rasminya pada 23 Februari 1999.

Antara matlamat penubuhan Persatuan Tadika Islam Malaysia (PERTIM) adalah :-

  • Mengeratkan silaturrahim di kalangan ahli sambil dapat bertukar-tukar fikiran diantara satu sama lain.

  • Meningkatkan prestasi dan mutu pendidikan dikalangan tadika ahli melalui kursus, seminar dan bengkel demi memertabatkan tadika islam.

  • Memberikan perkhidmatan pendaftaran, kursus pendidikan dan lain-lain.

  • Menjadi pemangkin pendidikan Islam di peringkat pra sekolah.

  • Memberikan khidmat nasihat secara percuma kepada ahli-ahli yang bermasalah berkaitan dengan tadika masing-masing.

  • Menjalinkan hubungan yang rapat dengan pihak-pihak yang terlibat dengan proses pendaftaran tadika seperti Kementerian Pelajaran Malaysia, Majlis Tempatan dan Kesihatan serta pihak Bomba.

  • Mendapatkan khidmat pakar di kalangan professional dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak di universiti tempatan.

  • Lawatan kerja ke tadika-tadika contoh samada dalam negara atau luar negara.